LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS GURU BESAR BAGAN DATUK, PERAK
Pada 09 Ogos 2022 (Selasa) Majlis Guru Besar Bagan Datuk bersama PPD Bagan Datuk telah melawat SKPD bagi lawatan penanda aras berkenaan TS25. Majlis disertai seramai 60 Guru Besar dan rombongannya dimulakan dengan sessi penggambaran dan lawatan di persekitaran sekolah.
Perrsembahan Ukulele dan Koir telah bergema di dewan mutiara yang sedang dalam proses pembaikpulihan. Majlis berlangsung dengan baik dan lancar dan mendapat maklum balas yang memberangsangkan dari pihak MGB Bagan Datuk. Pihak SKPD telah berkongsi dengan baik berkenaan kerangka TS25 yang mengungguli kecemerlangan dalam setiap aspek untuk dikongsikan bersama, semoga ia mendapat manfaat dan sedikit sebanyak membantu menggarap kecemerlangan di sekolah masing-masing.