Projek ini menjalankan kajian yang melibatkan kajian berupa kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif yang dijalankan melibatkan kajian pustaka dalam menghasilkan petunjuk atau indikator learning progression murid terhadap pembelajaran matematik.
Manakala kajian kuantitatif pula, berdasarkan kerangka petunjuk tersebut, projek ini akan menghasilkan bank item yang akan dijadikan alat untuk mengumpul maklumat dan data semasa kajian lapangan bagi pengukuran terhadap keberhasilan pembelajaran matematik sekolah rendah. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah berteraskan Pengukuran Model Rasch. Analisis ini akan menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian serta dapat mengesan aspek miskonsepsi pembelajaran matematik yang menjadi faktor ketirisan pembelajaran murid.
Klik poster dibawah untuk mengakses data RAPID GROWTH