Lawatan Kementerian

Rakaman Video Amalan Terbaik SKPD dalam Program TS25 sebagai model kebangsaan dalam Program TS25 bagi Modul 5 oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM.

Lawatan Penanda Aras SK Port Dickson ke SK Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

16 Disember 2022
Lawatan Penanda Aras SK Port Dickson ke SK Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Seramai 40 warga SKPD telah membuat lawatan penanda aras di SK Likas, KK, Sabah sebagai salah satu pengisian dalam Ekspedisi Lawatan Sabahan 2022. Pelbagai ilmu yang dikongsikan terutamanya kebitaraan sekolah dalam bidang sukan bola sepak dan bakat seni muzik yang berjaya membawa nama sekolahnya ke peringkat antarabangsa. Semoga perkongsian berjaya memberi nilai tambah dan usaha yang berterusan pihak sekolah dalam menginspirasikannya ke arah kecemerlangan murid dan seluruh warga sekolah.

BINA KERJAYA DI KIDZANIA DAMANSARA KUALA LUMPUR 2022

8 Disember 2022,Khamis
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID SKPD BINA KERJAYA DI KIDZANIA DAMANSARA KUALA LUMPUR 2022
Keterujaan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah murid2 seusainya lawatan di Kidzania Kuala Lumpur, mereka telah berjaya melaksanakan tugas kerjaya yang diminati dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
Pengalaman menjadi polis, bomba, doktor, dj radio dan sebagainya memberi inspirasi buat mereka berkenaan kerjaya sebenar di lapangan masing2. Kawasan terkawal dan keselamatan terjamin dengan pemantauan dan pengurusan pihak kidzania yang memuaskan. Semoga murid2 terus dapat memanfaatkan pengalaman yang dicipta agar lebih gigih berusaha demi mengejar cita2 yang diimpikan. Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat

PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK KATEGORI PEMIMPIN PERTENGAHAN DAN GURU YANG DIBIMBING PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON 2022

Sekalung tahniah diucapkan buat guru2 SKPD yang membuat penyampaian berkenaan amalan terbaik di Solesor Resort, Port Dickson, N9. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan juri, AJK dan pihak PPD Port Dickson yang menganjurkan program terbaik ini. Tidak lupa kepada barisan pentadbir SKPD yang diketuai oleh Pn.Hajah Zuraidah Ahmad atas peluang dan komitmen yang diberikan. TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pemenang.
1. ANUGERAH EMAS
Cik Siti Nazirah Binti Zainal Azim ( Guru Pemulihan Khas)
***Bimbingan bersama Puan Guru Besar
2. ANUGERAH PERAK
i) En. Ahmad Syafiq Abu Bakar ( Guru Sains)
ii) En. Mohd Faizal Bin Zakaria ( Guru Matematik)
iii) Ustazah Nur Munirah Binti Kamaruzaman ( Guru Pendidikan Islam)
***Bimbingan bersama Puan Guru Besar

PELANCARAN PROGRAM KEMERDEKAAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Salam Perpaduan Melalui Kokurikulum. ABC 2.0. Up Neghori.

🏆 PESANAN UNIT KOKURIKULUM :
Pada minggu ini, Aktiviti Kokurikulum (Tahap 2) KELAB PERSATUAN – Perjumpaan 10 & SUKAN PERMAINAN – Perjumpaan 18 akan diadakan secara dalam talian ;

🏆 Oleh itu, sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Sejarah, Panitia Seni dan Panitia Muzik dengan kerjasama Kelab Rukun Negara akan mengadakan,

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG SECARA DALAM TALIAN PERINGKAT SK PORT DICKSON TAHUN 2022
TEMA : KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA 🇲🇾
Semua murid (Pra, Tahun 1-6 dijemput menonton)

📆 10 OGOS 2022 (RABU)
⏰ 2.30 PETANG
📡 Platform :
Saluran YouTube SKPDSKK. Link / Pautan Youtube akan diberikan kemudian.
📣Info berkaitan aktiviti & pertandingan secara bersemuka yang bakal dijalankan sepanjang bulan kebangsaan ini akan dimaklumkan menerusi siaran ini.

📣Link kehadiran akan diberi esok. Semua murid Tahap 2 perlu mengisinya sebagai rekod kehadiran koku pada minggu ini. Murid Tahap 2 balik pada pukul 1.00 petang.
📣Hebahkan dan kongsikan kepada semua warga SK PORT DICKSON. Bersama-sama kita menyemarakkan semangat kemerdekaan!!!

Ingat janji temu kita.🎯🎯🎯 #PelancaranBulanKebangsaanSKPDSKK2022
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama

LAWATAN PENANDA ARAS TS25

Pengkongsian amalan terbaik TS25 bersama SIP+ Pn.Anis dan En.Mohd Faizal dari PPD Kuala Pilah pagi ini dalam lawatan penanda aras program kecemerlangan sekolah. Terima kasih sudi hadir ke sekolah kami. Semoga hubungan baik ini akan berterusan.

LAWATAN PROGRAM TS25 UNTUK MELAKSANAKAN CASE BASED LEARNING (CBL)

Lawatan TS25 Melaksanakan Case Based Learning oleh Rakan Educational and instructional Team (ELIT) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT), Negeri Sembilan.
Seramai 10 orang yg terdiri daripada ketua unit pembangunan kepakaran dan rakan elit bersama2 melihat transformasi sekolah yang telah dijalankan untuk berkongsi pengalaman bagi menjalankan program ts25 secara praktikal di sekolah kelolaan masing2. Semoga tercapai dan dapat memenuhi aspek kajian dan pembudayaan sekolah yg diberi bersama.