LAWATAN PENANDA ARAS

LAWATAN PENANDA ARAS SK TOK JIRING, TERENGGANU

7 Oktober 2022
LAWATAN PENANDA ARAS TS25 SK TOK JIRING, KUALA NERUS , TERENGGANU

Seramai 65 pelawat dari SK Tok Jiring, Terengganu yang diketua oleh En.Abdul Aziz Bin Deraman , Guru Besar SK Tok Jiring telah membuat lawatan berkaitan program transformasi Sekolah di SKPD.
Lawatan yang bermula pada pukul 09:00 pagi itu telah disambut dengan pelbagai persembahan dari murid seperti Nyanyian Ukulele, Penerbangan Drone, Kod Cetakan 3D, QUIVER Augment Reality, Pergerakan Robot Komputasi dan Lawatan Persekitaran Sekolah.

Majlis diserikan lagi dengan kehaditan Timbalan PPD Port Dickson, Pegawai SIP+ dan SISC+, Sahabat Sekolah SKPD dan barisan sarana yang terlibat. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan impak yang berguna dalam Program Transformasi Sekolah.

LAWATAN PENANDA ARAS SK PANCHOR,SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Pada 22 Ogos 2022 (Isnin) seramai 40 orang warga SK Panchor bersama team SIP, SISC+, PPD Seremban dan Port Dickson bersama barisan guru-guru SK Panchor telah melawat k SKPD bagi lawatan penanda aras TS25.

Semoga kerjasama yang terjalin dapat berkongsi amalan terbaik bagi diimplementasikan di sekolah kelak. sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yeng terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini.