BENDERA SEKOLAH

 

 

 

 

 

 

Bendera

Warna bendera (Putih dan Biru Muda)

  • melambangkan kesucian, keikhlasan dan kebenaran (putih) serta kedamaian (biru muda) dan perpaduan muridnya yang berbilang kaum belajar dengan keharmonian tanpa mengira bangsa

 

 

 

 

 

Logo

  1. Rumah api melambangkan panduan atau maklumat dan juga semangat untuk menuju dan mencapai kejayaan bagi memenuhi cita-cita agar murid dapat menerangi kehidupan masyarakat sekeliling. ianya juga adalah mercu tanda kedudukan Port Dickson.
  2. Buku melambangkan kawan karib setiap insan untuk menimba ilmu pengetahuan, menambah pengalaman dan memdalami corak kehidupan bagi menghadapi masa depan.
  3. Orang bersukan melambangkan penglibatan murid dalam kegiatan ko-kurikulum dan menanam semangat kesukanan untuk kecergasan badan dan pemikiran untuk menghadapi pelajaran.
  4. Ilmu pedoman hidup moto ini dipilih kerana setiap insan memerlukan ilmu pengetahuan sebagai pedoman untuk menghadapi liku-liku kehidupan dan panduan untuk menjadi insan cemerlang.
  5. Warna (Biru Muda dan Biru Tua) melambangkan kedamaian dan perpaduan muridnya yang berbilang kaum belajar dengan keharmonian tanpa mengira bangsa.