Hari Kebudayaan Tahun 2023 di SJKC Chung Hua Port Dickson N.Sembilan
27 Januari 2023
Bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, pihak penganjur telah menjemput sekolah-sekolah jiran termasuk SK Port Dickson bagi memeriahkan majlis. Pihak SKPD amat berbesar hati menerima jemputan tersebut dan mewakilkan 4 orang murid SKPD iaitu:
1. Imran Hailmy bin Mustafakamal
2. Muhammad Farish Amsyar Bin Muhd Syahir
3. Nur Aqilah Bt Mohd Sany
4. Sayyida Nurqasrina Bt Mohd Rizal
Turut dihadiri oleh guru pengiring, Puan Norhayati Abdul Rashid bersama-sama Yang Berusaha Puan Hajjah Zuraidah Binti Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Port Dickson ke majlis yang penuh gemilang tersebut.
Antara aktiviti yang berlangsung adalah acara persembahan Tarian Singa, Kemunculan Dewa Kekayaan menyampaikan buah tangan dan ‘fortune cookies’, Tarian Gong Xi Fa Cai dan Persembahan Seni Tulisan Kaligrafi Cina.
Jelas kelihatan gembira di wajah murid-murid menerima ang paw Tahun Baru Cina. Terima kasih, SJKC Chung Hua Port Dickson!