Lawatan Penanda Aras SK Port Dickson ke SK Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

16 Disember 2022
Lawatan Penanda Aras SK Port Dickson ke SK Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Seramai 40 warga SKPD telah membuat lawatan penanda aras di SK Likas, KK, Sabah sebagai salah satu pengisian dalam Ekspedisi Lawatan Sabahan 2022. Pelbagai ilmu yang dikongsikan terutamanya kebitaraan sekolah dalam bidang sukan bola sepak dan bakat seni muzik yang berjaya membawa nama sekolahnya ke peringkat antarabangsa. Semoga perkongsian berjaya memberi nilai tambah dan usaha yang berterusan pihak sekolah dalam menginspirasikannya ke arah kecemerlangan murid dan seluruh warga sekolah.