MAJLIS PERSARAAN GURU KAUNSELING SKPD, CIKGU JAMALULLAIL MOHD ALI

Pada 18 Ogos 2022 (Khamis) telah dijalankan majlis persaraan Cikgu Jamalullail Mohd Ali yang merupakan guru kaunseling SKPD dan bekas murid sekolah ini juga yang dulunya dikenali sebagai Goverment English School Port Dickson. Majlis yg penuh bermakna ini juga diadakan beserta majlis perpisahan bagi Cikgu Mohd Noah dan Puan Nurul Afzan yang telah berpindah ke sekolah lain.
Majlis yang sangat meriah ini menyaksikan persembahan silat oleh guru kaunseling ini diselangi persembahan ukulele dan majlis rasmi bertemakan singgahsana persandingan pada sebelah petang. Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri dan anak dalam menyerikan hari persaraannya. Semoga diberi kesihatan yang baik dan keberkatan hidup di atas curah bakti yang diberikan, hanyasanya Allah jua dapat membalasnya.