LAWATAN PENANDA ARAS SK BANDAR ENDAU, MERSING, JOHOR

Pada 12 Ogos 2022 (Jumaat) SK Bandar Endau, Mersing, Johor telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Port Dickson seramai 60 orang yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru, AKP dan Staf sokongan.
Lawatan dimulakan dengan melawat sekitar persekitaran sekolah dengan menunjukkan transformasi berkenaan TS25 dan pembelajaran berteraskan PAK21. Terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan lawatan penanda aras ini, semoga perkongsian yang diberikan dapat membuahkan hasil bagi dipraktikkannya di sekolah nanti.